Pilih Bahasa

KKMM ambil serius ugutan jenayah ke atas Lim Guan Eng

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memandang serius kejadian ugutan jenayah dibuat ke atas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata ugutan jenayah melalui laman sosial adalah suatu perkara serius selain berita palsu.

Gobind (tengah) melawat khemah disediakan bagi orang awam memeriksaan kelayakan nama selaku penerima dekoder myFreeview. -Gambar SNT/ Ihsan Penerangan

“Tindakan tegas akan diambil ke atas semua pihak yang melakukan sebarang ugutan seumpama ini,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Dekoder myFreeview Kepada Isi Rumah B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan pihak media berkaitan ugutan jenayah yang dikatakan dibuat melalui laman sosial Facebook terhadap Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan beberapa media, baru-baru ini.

Gobind (dua dari kanan) menyampaikan dekoder myFreeview kepada salah seorang penerima OKU sempena Majlis Penyerahan Dekoder myFreeview Kepada Isi Rumah B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Ihsan Penerangan

Antara fitnah mengatakan Lim sebagai musuh Islam nombor satu dan darahnya halal.

Dalam pada itu, sebanyak 3,000 dekoder myFreeview diberikan kepada penerima yang berkelayakkan.

Orang awam boleh memeriksa kelayakan masing-masing di khemah telah disediakan dalam perkarangan Kompleks Bersepadu KKMM selama tiga hari bermula 20 sehingga 22 Februari.

Sementara itu, Gobind menyatakan laporan polis berkaitan kejadian tsrbabit sudah dibuat dan siasatan giat dijalankan. -SabahNewsToday