Pilih Bahasa

KOMULAKAN TUARAN FOKUS KEARAH PENYELESAIAN, KHIDMAT MASYARAKAT

Jainysius Sipan (duduk tengah) bergambar dengan ahli jawatankuasa Upko Komulakan Tuaran selepas bermesyuarat. Gambar SNT/Ehsan Upko komulakan Tuaran

TUARAN: Pergerakan Komulakan Upko di sini tidak hanya berpolitik semata-mata, malahan menjadi sebahagian daripada penyelesaian setiap masalah yang dihadapi oleh belia-belia khasnya di daerah ini.

Pemangku Ketua Komulakan Upko Tuaran, Jainysius Sipan 23, menegaskan bahawa penyelesaian tuntas setiap masalah itu adalah lebih penting.

” Menjadi pendengar yang setia kepada setiap permasalahan, kita terus berkhidmat dan bertindak semampu yang boleh,” katanya, sambil menambah ini adalah seperti yang sering diperkatakan oleh Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Beliau turut menyatakan bahawa, belia perlu berani mengambil peranan dalam kepimpinan sebagai wadah perjuangan dan terus maju kehadapan, seterusnya menjadi pemangkin kepada kepimpinan generasi akan datang.-SabahNewsToday