Pilih Bahasa

KONSERT PIANO KLASIKAL CLAUDIA YANG PADA JULAI 2019

Oleh Alfred Petrus

Claudia (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Christina (tengah) sambil disaksikan oleh Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Liang Caide (kanan). Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Pemain Piano Klasikal Antarabangsa Claudia Yang akan mengadakan konsertnya di sini pada Julai 2019.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata konsert berkenaan adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Ini adalah satu perrmulaan yang baik antara Malaysia amnya dan Sabah khususnya dalam pertukaran budaya melalui seni muzik bersama China,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama maestro piano kelahiran Johor Bahru tersebut mengenai  konsertnya di sini pada Khamis.

Namun, jelasnya tarikh dan tempat masih lagi dalam perancangan.

Sementara itu, Claudia berkata pada konsert berkenaan akan menampilkan seramai 80 pemain Simfoni Orkestra bersamanya.

Katanya konsert berkenaan juga dijayakan secara jelajah pada tahun hadapan yang melibatkan beberapa negeri.

“Minimum tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

“Selain itu, jika tiada halangan, kami juga akan megadakan konsert yang sama di Sarawak dan Johor,” katanya.

Tambahnya Sabah dipilih sebagai lokasi pertama konsert berkenaan adalah kerana negeri ini menjadi syurga pelancongan kepada ramai pelancong terutamanya kepada masyarakat China.

“Kota Kinabalu khususnya menjadi lokasi pilihan masyarakat China untuk datang melancong.

“Selepas penganjuran konsert ini diharap lebih ramai pelancong China datang ke Sabah pada masa akan datang.

“Dan ini satu bentuk kerjasama melalui pelancongan dan ekonomi Sabah,” jelasnya.

Claudia berkahwin dengan seorang warga China dan menetap di negara suaminya sambil mengasah bakat sehingga menjadi pemain piano terkenal di peringkat antarabangsa.-SabahNewsToday