Pilih Bahasa

Konvoi JBorneo19 dirai dalam Malam Kasilasah

SEMPORNA: Konvoi Jelajah Borneo 2019 (JBorneo19) diraikan dalam satu majlis makan malam di sini bersama dengan Zulkiflee Allani, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong semalam.

Dalam ucapannya, Zulkiflee berkata usaha mempromosi Sabah dan negara melalui sukan permotoran berkuasa tinggi adalah sesuatu yang perlu dibanggakan dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat di sini.

Zulkiflee menerima baju JBorneo19 daripada Pengerusi Penganjur Hossin Bayani (kanan). Gambar SNT/Ihsan JBorneo19

Beliau berasa bertuah kerana dapat bersama-sama dengan Persatuan Anak Tanjung Aru (Persata) dalam menyantuni aspirasi kerajaan mencapai visi Tahun Melawat Malaysia 2020.

Turut bersama dalam majlis di Restoran Warisan Tampi-Tampi tersebut ialah ketua-ketua jabatan daerah Semporna.

JBorneo19 anjuran Persata dengan kerjasama Sabah Big Bikers Association dan Tourism Malaysia.

Bermula pada 1 Disember, konvoi JBorneo19 akan meneruskan perjalanan menuju ke pantai barat selatan Sabah pada Jumaat.-SabahNewsToday