Pilih Bahasa

Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan Saga IX

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KENINGAU: Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan Sukan Sabah (Saga) IX yang melabuhkan tirainya hari ini.

Pasukan itu mengumpul 30 pingat emas, perak (26) dan sebanyak 23 gangsa dengan jumlah kesemuanya 79 pingat sepanjang tempoh temasya dwitahunan itu berlangsung pada 7 hingga 13 Disember membabitkan tiga venue lain iaitu Nabawan, Tenom dan Tambunan.

Kontinjen Kota Kinabalu cemerlang dan diumumkan sebagai juara keseluruhan Saga IX. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Emas yang dimenangi kontinjen Kota Kinabalu kebanyakkannya disumbangkan menerusi acara karate (enam), olahraga (lima) dan badminton pula empat pingat.

Mereka meraih emas terakhir Saga IX menerusi final hoki kategori lelaki selepas menewaskan Keningau 4-2.

Atlet kebangsaan, Rayzamshah Wan Sofian (enam dari kanan) turut hadir pada penutupan Saga IX di Kompleks Sukan Keningau. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Sementara itu, kontinjen tuan rumah, Keningau meskipun gagal mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu di Sandakan, namun mereka turut cemerlang dengan mengumpul 62 pingat iaitu 26 emas, 19 perak dan 17 gangsa.

Tempat ketiga pula diraih Tawau dengan 15 emas, perak (16) dan gangsa pula 19 menjadikan jumlah kesemua pingat adalah 50.

Keningau naib juara keseluruhan Saga IX kali ini. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Tuan rumah Saga 2017, Sandakan pula mengikuti rapat ditempat keempat dengan 12 emas, perak (10) dan gangsa (15) diikuti Papar sembilan emas, perak (enam) dan gangsa (16), Nabawan meraih lapan emas, perak (satu) dan gangsa (tujuh), Tambunan tujuh emas, perak (enam) dan gangsa (12).

Beaufort dan Kota Marudu pula meraih enam emas, Tenon (lima); Tuaran, Putatan, Ranau, Kota Belud, Kinabatangan, Lahad datu, Kalabakan dan Lahad Datu (empat); Kalabakan dan Beluran (tiga); Penampang, Pitas, Sipitang dan Semporna (dua) dan Tongod (satu).

Kontinjen Tawau tempat ketiga keseluruhan Saga IX 2019. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Kontinjen Kudat pula mengumpul 11 pingat (perak dan gangsa), Telupid (sembilan), Kuala Penyu (tiga) dan Kunak tanpa sebarang pingat.

Kejohanan Saga IX kali ini menawarkan 163 emas, 163 (perak) dan 238 gangsa dengan jumlah keseluruhan pingat dipertandingkan iaitu 564.

Jumpa lagi! Kopisolowot kawagu! – SabahNewsToday