Pilih Bahasa

KPPSESB SERAH DOKUMEN TUNTUTAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Azhar (lapan dari kiri) menyerahkan dokumen tuntutan KPPSESB kepada Hashim disaksikan barisan Ahli Majlis Tertinggi kesatuan. – Gambar SNT / Ehsan SESB

DOKUMEN TUNTUTAN… Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electrcity Sdn Bhd (KPPSESB) telah menyerahkan satu dokumen khas kepada kerajaan negeri berkaitan faedah ketetapan yang perlu dikekalkan untuk mengambil semula organisasi itu.

Dokumen tersebut mengandungi antara lain manfaat yang perlu dikekalkan oleh pihak kerajaan negeri sekiranya pemilikan syarikat utiliti itu diambil semula oleh kerajaan Sabah.

Presiden KPPSESB, Azhar Datuk M.Y Ahmad berkata faedah-faedah yang dinikmati oleh pekerja dan juga pesara SESB yang dinikmati ketika ini perlu dikekalkan.

Beliau menyerahkan dokumen tersebut ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah hari ini. – SabahNewsToday