Pilih Bahasa

Kuaters guru Sekolah Kebangsaan Mantadak Pulau Sebatik musnah terbakar

Oleh Nasrawati Syarifuddin

Kuaters penempatan guru SK Mantadak Pulau Sebatik terbakar pagi tadi. Gambar SNT/Ihsan Bomba

TAWAU: Sebuah kuarters penempatan guru Sekolah Kebangsaan Mantadak Pulau Sebatik Tawau terbakar pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, BBP Tawau menerima panggilan pukul 10.20 pagi sebelum menghantar enam anggota ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menaiki bot Pasukan Polis Marin dengan bantuan empat anggota PPM berikutan lokasi kejadian terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Tawau.

“Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan menggunakan sumber air daripada paip Jabatan Air,” katanya dalam kenyataan.

Keadaan kuaters guru SK Mantadak hangus terbakar. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Operasi terkawal pukul 1.17 petang dan ditamatkan pada 1.20 petang.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – SabahNewsToday