Pilih Bahasa

LAGU ‘NASINDUALAN’ JUARA LAGU MURUT SABAHVFM MUSIM KETUJUH

Oleh Alfred Petrus

Dari kiri: Ronnie, Anjee, Abby, Sharin dan Rushdy merakamkan gambar kenangan selepas diumumkan pemenang pertandingan tersebut. Gambar SNT/Ehsan Keningau FM

KENINGAU: Lagu Nasindualan ciptaan Sharin Amud Shapri yang dinyanyikan oleh Rusdhy Rapeal muncul Juara Carta Lagu Murut (JCLM) SabahVFM musim ketujuh.

Manakala, naib juara dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Abby Suhaivey Abir dengan lagu Pamahunan Mai dan Ronnie Bahan ft. Anjee Alfira Laijeh (Togom Kalo Makai’Kai’).

Juara JLCM tersebut, membawa pulang wang tunai RM3,000. Manakala, naib juara dan ketiga membawa pulang wang tunai RM2,500 dan RM2,000 berserta sijil dan trofi.

Bagi anugerah persembahan, suara dan lirik terbaik masing-masing dimenangi oleh Abby Suhaivey Abir, Rusdhy Rapael dan Jordan Jubilin dengan lagu Kando Amuandung Rakon ciptaan Herman Rumpi dan Charlie Tay.

Sementara itu, lagu paling popular dimenangi oleh lagu Ingalan Mu Ra HuangKu nanyian Sharin Amud Shapri.

Kesemua pemenang anugerah berkenaan menerima wang tunai sejumlah RM1,000, trofi dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Doktor Lucas Umbul.

Terdahulu berucap merasmikan JCLM ini, Lucas mahu pengiat seni muzik tempatan kuhsusnya masyarakat Murut agar dapat mengangkat lagu Murut diperingkat antarabangsa dengan mengetengahkan kepelbagai keunikan kebudayaan suku kaum Murut melalui kerjasama pelbagai agensi kementerian.

Pada masa sama, beliau mengesa pengiat seni Murut agar dapat mendaftarkan lagu-lagu mereka di badan-badan syarikat perindustrian muzik bagi hak pembayaran royaliti lagu yang dihasilkan mereka. -SabahNewsToday