Pilih Bahasa

LAPAN MANGSA TERLIBAT KEMALANGAN DI JALAN INDAH JAYA

Oleh Alfred Petrus

Keadaan bas yang remuk di bahagian hadapan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SANDAKAN: Lapan cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan jenis bas mini dan Isuzu Dmax Indah Jaya awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Chauslim Sunsubin berkata akibat kemalangan itu kedua-dua buah kenderaan yang bertembung di lokasi kejadian tersebut mengalami kerosakan teruk.

“Bagaimanapun lapan mangsa yang terlibat dalam kemalangan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Kesemua mangsa menerima rawatan awal di lokasi sebelum diserahkan kepada ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bomba membantu mangsa kemalangan untuk keluar daripada bas berkenaan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Chauslim berkata selepas membawa keluar mangsa, anggota bomba bertugas melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan di sekitar kawasan kemalangan selamat.

Tambahnya lagi, maklumat mengenai kesemua mangsa tidak diperolehi.

Terdahulu beliau berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.22 pagi dan menggegaskan bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Jelasnya operasi tamat pada pukul 6.12 pagi. – SabahNewsToday