Pilih Bahasa

Latihan bersama tentera laut Malaysia dan Australia perkukuh hubungan maritim dan ketenteraan

Oleh Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meneruskan latihan bilateral bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) dalam MASTEX 2019 (Malaysia-Australia Sea Training Exercise) bermula kelmarin.

Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Timur Kepten Azhar Baharum berkata objektif latihan ini adalah untuk berkongsi idea diantara TLDM dan Tentera Laut Diraja Australia.

Ketua Staff Operasi Markas Pemerintahan Armada Timur Kepten Azhar Baharom (baris hadapan, empat dari kiri) merakamkan gambar beramai selepas majlis perasmian MASTEX 2019 di Pangkalan Kota Kinabalu, Sepanggar. Gambar SNT/Ihsan TLDM

“Latihan ini merupakan ‘joint exercise’ maritim kedua-dua negara sejak tahun 2002.

“TLDM akan menghantar dua buah kapal untuk latihan ini iaitu Kapal Diraja (KD) Kelantan dan KD Lekiu. Manakala, Tentera Laut Diraja Australia akan menghantar Her Majesty Australia Ship (HMAS) Stuart dan HMAS Sirius,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian MASTEX 2019 di Jeti Operasi Pangkalan Kota Kinabalu, Sepanggar, hari ini.

Ketua Staff Operasi Markas Pemerintahan Armada Timur Kepten Azhar Baharom (tengah) pada sidang media selepas majlis perasmian MASTEX 2019 di Pangkalan Kota Kinabalu, Sepanggar. Gambar SNT/Ihsan TLDM

Menurut Azhar, MASTEX 2019 ini juga dapat meningkatkan kecekapan ketenteraan pihak TLDM dan menguatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia.

“Latihan selama lapan hari bermula kelmarin sehingga 5 November ini melibatkan seramai 500 anggota tentera kedua-dua negara,” tambahnya.

Jelas Azhar, latihan ini juga menyumbang kepada peningkatan kemampuan keselamatan pertahanan maritim serantau secara kolektif.

MASTEX dilaksanakan dua kali setahun secara giliran bermula 2002 dan Markas Pemerintahan Armada Timur telah dipilih sebagai tuan rumah untuk tahun ini. -SabahNewsToday