Pilih Bahasa

Lebih 6,000 tetamu hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TYT Sabah

Oleh Alfred Petrus

Yang di-pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memotong kek pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Negeri di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni yang diadakan di Istana Negeri disambut dengan meriah.

Sebahagian daripada lebih 6,000 pengunjung yang hadir pada Hari Terbuka Aidilfitri di Istana Negeri, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sambutan yang bermula pada pukul 11 pagi itu dihadiri lebih 5,000 pengunjung bagi memeriahkannya.

Majlis berkenaan bukan sahaja dihadiri pelbagai masyarakat pelbagai kaum tetapi turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Pengunjung bertali-arus hadir pada Hari Terbuka Aidilfitri di Istana Negeri, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu juga Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Persekutuan Sabah serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Para pengunjung menikmati juadah Hari Terbuka Aidilfitri di Istana Negeri, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Majlis berkenaan dimulakan dengan acara pemotongan kek oleh Juhar dan isteri bersama tetamu-tetamu kehormat lain.

Hari Terbuka Aidilfitri di Istana Negeri, Kota Kinabalu dipenuhi pengunjung. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Selain itu, pelbagai hidangan menarik disajikan pada majlis rumah terbuka yang bermula dari pukul 11 pagi hingga pukul 2 petang itu di perkarangan Istana Negeri. -SabahNewsToday