Pilih Bahasa

Lebih 700 sertai berbasikal bersama TYT Sabah

KOTA KINABALU, 2 Nov — Lebih 700 peserta menyertai acara “Berbasikal Bersama TYT” sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-66 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini, hari ini.

Tun Juhar (depan kiri) dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berbasikal dengan orang ramai pagi tadi. Gambar SNT/Ihsan JKM

Acara yang bermula kira-kira pukul 7.30 pagi tadi itu bermula di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan berakhir di Taman Awam Teluk Likas.

Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan semasa program itu termasuk cabutan tiket bertuah dan acara memotong kek oleh Juhar.

Tun Juhar menyempurnakan pemotongan kek. Gambar SNT/Ihsan JKM

Acara berbasikal lima tiga kilometer itu turut disertai Toh Puan Norlidah R. M Jasni isteri Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menteri kabinet lain.

Bagi orang awam, Zeno Lagung, 37, berkata beliau sangat teruja apabila pertama kali menyertai aktiviti berbasikal bersama TYT.

Tun Juhar menyampaikan hadiah tiket bertuah kepada pemenang. Gambar SNT/Ihsan JKM

“Walaupun cuaca pagi ini sedikit hujan, namun ini tidak menjadi halangan untuk saya dan bersama tiga lagi rakan untuk menyertai acara ini,” katanya.– BERNAMA