Pilih Bahasa

Lebih ramai dari etnik Kedayan diharap ceburi bidang profesional

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) mahu lebih ramai pembabitan etnik Kedayan dalam pelbagai bidang profesional di negeri ini.

Presiden Paadian, Datuk Dr Yusof Yacob berkata pihaknya tidak mahu Kedayan hanya dilihat sebagai salah satu etnik biasa yang wujud di Sabah malahan mahu terus berjaya diperingkat tertinggi.

Datuk Dr Yusof Yacob (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paadian di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Yusof berkata setakatnya memang sudah ramai individu daripada etnik Kedayan berjaya dalam bidang masing-masing termasuklah peguam, doktor, ahli politik, usahawan selain memegang jawatan utama di kementerian atau jabatan kerajaan namun mahu jumlah itu terus bertambah agar dapat mengangkat kedudukan Kedayan dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa.

“Kita mahu Kedayan ini melahirkan ramai individu berpelajaran tinggi dan memiliki
kelulusan akademik yang baik.

Datuk Dr Yusof Yacob bergambar kenangan bersama AMT pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paadian di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Ia bukan sahaja sebagai pretasi peribadi tetapi secara tidak langsung turut serta dalam pembangunan di negeri serta negara masing-masing.

“Kita tidak mahu ketinggalan daripada segenap aspek pembangunan namun saya memgingatkan supaya jangan pernah meninggi diri sekiranya sudah memegang jawatan kelak.

Datuk Dr Yusof Yacob (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paadian di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Oleh itu, dengan adanya persatuan ini, kita dapat memantau penglibatan orang kita dalam pelbagai bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paadian, di sini, kelmarin.

Sebahagian tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paadian di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Dihadiri lebih 200 tetamu, majlis turut dihadiri ahli persatuan daripada Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah merangkap Ketua Bahagian merangkap Ketua Bahagian Sipitang berharap majlis seumpama itu dapat merapatkan hubungan sesama ahli disamping tetamu daripada persatuan kebudyaan lain.

Datuk Dr Yusof Yacob pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paadian di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Sementara itu, beliau turut sentiasa mengingatkan semua ahli Paadian supaya tidak menerapkan konsep perkauman dalam berpersatuan.

Menurut beliau, tujuan utama penubuhan persatuan itu adalah bagi menghimpunkan individu etnik Kedayan dan bukannya menimbulkan permasalahan berkaitan perkauman.

“Kita tidak ada pemisah atau merasa bangsa Kedayan dilihat ada pemikiran untuk bersaing dengan bangsa lain tetapi sebaliknya mahu bersama menyertai dengan bangsa lain bagi pembangunan negeri serta negara.

“Sekiranya ada pihak menyatakan Paadian ini menimbulkan perkauman, ia adalah salah kerana keahlian persatuan ini terbuka kepada semua individu samaada bangsanya memang asli Kedayan atau sudah mempunyai campuran bangsa lain malahan individu bukan Kedayan juga boleh menyertai dengan menjadi ahli bersekutu,” katanya. SabahNews Today