Pilih Bahasa

LELAKI CEDERA PARAH DI KEPALA, KEMALANGAN DI JALAN KIMANIS-KENINGAU

Oleh Alfred Petrus

Keadaan bas mini selepas kemalangan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

PAPAR: Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Banjaran Crocker Jalan Kimanis-Keningau pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Nazir Che Lah berkata kemalangan tersebut membabitkan sebuah bas mini jenis Toyota Hiace.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hiace telah terbabas sendiri ke bahu jalan.

Pasukan bomba berusaha membantu mangsa yang cedera parah. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Terdapat 12 orang penumpang termasuk pemandu di dalam kenderaan dan lima orang mangsa yang terlibat iaitu tiga orang perempuan serta seorang lelaki cedera ringan, manakala seorang lagi cedera parah.

“Kesemua mangsa telah di hantar ke hospital Papar menggunakan Ambulan dan jentera Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya dalam kemalangan tersebut itu membabitkan dua orang kanak-kanak perempuan berumur lima dan 10 tahun.

Antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Tambahnya maklumat mangsa belum diperolehi.

Sementara itu, Nazir berkata BBP Kimanis menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.54 pagi dan menggegaskan seramai lapan orang anggota bersamanya serta dua orang anggota dari BBP Papar.

Menurutnya operasi tamat pada pukul 9.50 pagi. -SabahNewsToday