Pilih Bahasa

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Oleh Junaidi Ladjana

RANAU: Seorang lelaki berusia 23 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Merugin 2, dekat sini, jam 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan mangsa dipercayai lemas pada 2.40 petang.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dipercayai lemas di Sungai Merugin 2, Ranau.-Gambar SNT/Ihsan Bomba

Katanya, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan.

“Pasukan bomba memulakan operasi SAR di radius berhampiran kawasan mangsa dipercayai lemas,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mangsa dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Merugin 2, Ranau. -Gambar SNT/Ihsan Bomba

Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi ditangguh jam 6 petang tadi memandangkan keadaan gelap.

“Operasi SAR akan disambung pada jam 7 pagi esok,” katanya. -SabahNewsToday