Pilih Bahasa

LELAKI DISYAKI MABUK MAUT MOTOSIKAL LANGGAR PAPAN TANDA

Oleh Mohd Nazllie Zainul

LABUAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Bunga Matahari, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa, Bobleeroy Salleh, 20, dipercayai menunggang motosikal jenis Modenas bersendirian dari arah Jalan Bunga Matahari berhampiran Pusat Hiburan Beyond 2000 menuju ke Jalan Tun Mustapha.

Seorang lelaki dipercayai mabuk maut selepas motosikal ditungganginya hioang kawalan dan merempuh papan tanda di Jalan Bunga Matahari, Labuan. Gambar SNT/ Ihsan IPD Labuan

Bagaimanapun, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terlanggar papan tanda nama apabila melintasi persimpangan Jalan Bunga Kemunting.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas berikutan kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

“Siasatan awal ditempat kemalangan mendapati mangsa disyaki berada dalam keadaan mabuk sewaktu kejadian berlaku selain mangsa tidak mempunyai lesen memandu.

Motosikal ditunggangi seorang lelaki disyaki masuk mengalami kerosakkan teruk dibahagian hadapan selepas hilang kawalan sebelum merempuh papan tanda di Jalan Bunga Matahari, Labuan, petang semalam. Gambar SNT/ Ihsan IPD Labuan

“Permukaan jalan berturap dan kering sepenuhnya kerana cuaca ketika kejadian berada dalam keadaan baik.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus menggunakan kenderaan polis bagi tujuan bedah siasat manakala motosikal mangsa yang rosak teruk dibahagian depan di bawa ke balai polis untuk tujuan ujian PUSPAKOM,” katanya.

Muhamad Farid berkata kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) APJ 1987. -SabahNews Today