Pilih Bahasa

LELAKI HILANG DI BUKIT PAYUNG

Oleh Alfred Petrus

TUARAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang di Kampung Aman Bukit Payung petang hari ini.

Mangsa dipercayai hilang di kawasan hutan berhampiran. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohd Faizal Alias berkata mangsa, Mohd Danyal Haneef Chai Abdullah, 40, hilang selepas keluar daripada rumah seawal pagi di kawasan hutan berhampiran.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipercayai masuk ke hutan dalam keadaan tidak berpakaian.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan bomba bergerak ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (Sar)

Anggota bomba berusaha melakukan Sar terhadap mangsa. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Namun, mangsa belum ditemui dan operasi Sar ditangguh pada pukul 5.19 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya operasi Sar berkenaan akan disambung pada esok hari (Selasa).

Sementara itu, BBP Tuaran menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 4.37 petang dan menggegaskan seramai tujuh anggota bersamanya untuk operasi Sar. -SabahNewsToday