Pilih Bahasa

Lelaki hilang dipercayai lemas, belum ditemui

Oleh Alfred Petrus

KOTA MARUDU: Seorang lelaki dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Kampung Dandum Pusat Pitas, petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dihantar untuk mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Sar) terhadap mangsa yang dipercayai lemas.

“Operasi Sar dijalankan di sekitar lokasi mangsa, 19, dilaporkan hilang dengan bantuan orang awam. 

“Namun, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada pukul 5.24 petang hari ini,” kata bomba.

Sebarang maklumat terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO). – SabahNewsToday