Pilih Bahasa

Lelaki hilang ketika mandi pantai di Kota Belud ditemui lemas

Mayat Marlinus Marasin diusung ke pantai selepas ditemui pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya di pantai Kampung Sarang, Kota Belud, semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mayat Malinus Marasin, 27, ditemukan pada jam 8.02 pagi tadi kira-kira150 meter daripada tempat di dilaporkan hilang.

“Malinus disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan mayat ketika ditemui. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Semalam sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pencarian di sekitar pantai selepas JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden lemas pada pukul 4.28 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 6.15 petang semalam berikutan keadaan ombak bergelora, dan disambung semula pada pukul 8.00 pagi tadi, sebelum ditamatkan kira-kira tujuh minit kemudian.

— BERNAMA