Pilih Bahasa

LELAKI KURANG SIUMAN DITEMUI MATI

Oleh Mohd Nazllie Zainul

BEAUFORT: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditemukan tidak sedarkan diri di belakang sebuah kedai, dekat sini, malam semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kimsin Jakirin, 49, beralamat di Kampung Klias Kecil terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Beaufort.

Pegawai perubatan daripada Hospital Beaufort memberikan rawatan awal kepada lelaki dipercayai kurang siuman yang ditemui tidak sedarkan diri dibelakang sebuah kedai di Beaufort. Gambar SNT/ Ehsan IPD Beaufort

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, lelaki terbabit ditemui orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata setibanya di lokasi dimaklumkan, anggota polis terbabit melihat memang terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dan terus menghubungi ambulan.

“Mangsa diberi rawatan kecemasan oleh pegawai perubatan sebelum dibawa ke Hospital Beaufort. Bagaimanapun, mangsa Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba dihospital pada jam 8.50 malam,” katanya.

Lelaki berkenaan dibawa naik ke dalam ambulan. Gambar SNT/Ehsan IPD Beaufort

Azmir berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah pasakit mental dan mendapat rawatan di sama.

Menurut beliau, mangsa sering dilihat merayau di kawasan pekan dan dipercayai tinggal seorang diri.

Selain itu jelasnya, pemeriksaan pada luaran tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

“Bedah siasat dijalankan hari ini pada jam 8 pagi bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan masih dijalankan dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -SabahNews Today