Pilih Bahasa

Lelaki patah kaki terjun dari tingkat lima

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Seorang lelaki parah selepas bertindak terjun dari tingkat lima bangunan pusat beli-belah Jalan Kuhara, dekat sini tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai terjun dan terjatuh di atas sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang di parkir di lokasi berkenaan.

Mangsa terjun dari tingkat lima dan jatuh di atas sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang diparkir di lokasi kejadian. Gambar SNT / Sumber Media Sosial

Mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut

Difahamkan sebelum kejadian lelaki berkenaan dilihat berlegar di pusat beli-belah itu sebelum ditemui jatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

Anggota polis dan orang awam bertindak mengangkat mangsa. Gambar SNT / Ihsan Media Sosial

“Buat masa sekarang pegawai penyiasat masih berada di Hospital Tawau untuk dapatkan keterangan lanjut dari mangsa, pegawai perubatan dan saksi yang berkaitan,” katanya. – SabahNewsToday