Pilih Bahasa

LELAKI TERSEPIT, BERJAYA DISELAMATKAN

Oleh Alfred Petrus

KUDAT: Seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi berjaya dikeluarkan selepas terlibat kemalangan di Simpang Perapat pada malam kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Sentay Bakau berkata mangsa diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Kemalangan melibatkan Perodua Myvi tu berlaku akibat terbabas sendiri lalu masuk ke dalam parit.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat yang mana seorang telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba dan seorang lagi tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diberi rawatan awal oleh anggota EMRS.

“Seterusnya mangsa dihantar ke hospital menggunakan Ambulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jelasnya operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 10.42 malam kelmarin.

Sementara itu, tambahnya BBP Kudat terima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 9.55 malam dan menggegaskan seramai sembilan anggota ke lokasi kejadian. -SabahNewsToday