Pilih Bahasa

LELAKI WARGA ASING DITAHAN PASPORT TAMAT TEMPOH

Oleh Mohd Nazllie Zainul

SANDAKAN: Seorang warganegara Indonesia ditahan atas kesalahan pasport tamat tempoh dalam Ops Pensura, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 41 tahun berkenaan ditahan selepas Pasukan Polis Marin Sandakan membuat pemeriksaan ke atas bot miliknya.

Seorang warganegara Indonesia ditahan atas kesalahan pasport tamat tempoh dalam Ops Pensura di perairan laut Pulau Nunuyan, semalam. Gambar SNT/ Ehsan Pasukan Polis Marin Sandakan

Bagaimanapun, Mohamad Pajeri berkata operasi yang dilaksanakan di perairan laut Pulau Nunuyan itu mendapati pasport dimiliki dalam simpannya sudah tamat tempoh.

“Kita turut merampas sebuah bot jenis jongkong buatan Indonesia, satu  unit enjin sangkut Yamaha 15 kuasa kuda dan pukat hanyut.

Seorang warganegara Indonesia ditahan atas kesalahan pasport tamat tempoh dalam Ops Pensura di perairan laut Pulau Nunuyan, semalam. Gambar SNT/ Ehsan Pasukan Polis Marin Sandakan

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM11,980,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata semua barang rampasan bersama tangkapan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. -SabahNews Today