Pilih Bahasa

Liga KDM Malaysia: Pusingan 16 pasukan terakhir liga hujung minggu ini

KOTA KINABALU: Edisi kedua Kejohanan Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia 2018-2019 disambung semula penghujung minggu ini selepas berehat panjang sempena bulan puasa dan perayaan Aidil Fitri lalu.

Kejohanan bersambung dengan pusingan 16 pasukan terakhir pertandingan liga penghujung minggu ini.

Setiausaha penganjur Jellysius Saimpon berkata pusingan ini akan dijalankan secara kalah mati menerusi perlawanan timbal balik.

Pasukan yang layak ke pusingan 16 pasukan terakhir itu terdiri daripada juara dan naib juara edisi pertama Keningau dan Papar, Kudat, Telupid, Sugud, Sepanggar, Penampang, Tongod, Lahad Datu, Kota Marudu, Bandaraya KK, Putatan, Ranau, Karambunai, Semporna dan Kepayan.

“Masing-masing empat perlawanan akan berlangsung pada Sabtu (13 Julai) dan Ahad (14 Julai) ini,” kata Jellysius ketika ditemui di sini pada Rabu.

Jadual pada Sabtu menyaksikan Papar menentang Kudat di padang Majlis Daerah Papar, Telupid menentangg Sugud (KS Penampang), Sepanggar menentang Penampang (Stadium UMS) dan Tongod menentang Lahad Datu (KS Sandakan).

Pada Ahad, Kota Marudu akan menentang Bandaraya (padang Majlis Daerah Kota Marudu), Putatan menentang Ranau (Kompleks Sukan Penampang), Keningau menentang Karambunai (KS Keningau) dan Semporna menentang epayan (KS Tawau).

“Kecuali pertemuan antara Sepanggar dan Penampang yang sepak mulanya pada jam 8 malam, sepak mula perlawanan lain adalah pada jam 3.45 petang,” kata Jellysius.

Dianjur oleh Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Sabah Liga KDM Malaysia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM300,000.

Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan tempatan terbesar ini.

Edisi pertama kejohanan itu adalah pada 2014-2015.

Selain pertandingan liga, kejohanan itu juga mempertandingkan Piala FA.-SabahNewsToday