Pilih Bahasa

Lima buah kampung dalam Bandaraya diwarta, lapan lagi sudah dikenalpasti

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Lima buah kampung di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu telah diwarta untuk memastikan rakyat hidup selesa dan yakin mereka memiliki tempat tinggal tetap.

Ketua Menteri kerajaan sementara Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kampung-kampung yang telah diwarta itu adalah:

Shafie mengendalikan jentolak untuk menyempurnakan upacara pecah tanah Dataran Sepanggar dekat sini hari ini. Gambar SNT/Ihsan JKM

• Kampung Rampayan Laut seluas 13.75 hektar
• Kampung Kokol seluas 38.574 hektar
• Kampung Rakyat Baru seluas 5.29 hektar
• Kampung Bahagia seluas 3.722 hektar; dan
• Kampung Selamat seluas 3.410 hektar

Kerajaan Negeri juga telah mengenalpasti beberapa buah kampung lagi yang bakal diwartakan dalam masa terdekat ini, katanya semasa upacara Pecah Tanah Dataran Sepanggar dekat sini pagi tadi.

Shafie (tengah) bersama dengan pemimpin dalam kerajaan negeri sementara semasa upacara pecah tanah Dataran Sepanggar hari ini. Gambar SNT/Ihsan JKM

Antara kampung tersebut ialah:

  1. Suang Parai
  2. Penempatan Numbak (Cadangan nama : Sabang Muafakat)
  3. Delima
  4. Bukit Numbak
  5. Unggun Jaya
  6. Keliangau
  7. Kg. Gantong Pulutan ; dan
  8. Sebahagian daripada kawasan yang terletak di kawasan tanah Jabatan Perikanan atau pun sebelum ini dikenali sebagai koloni setinggan Melayu Brunei, Juara dan Warisan.

Tanah yang diambil daripada Jabatan Perikanan ini akan diganti dengan tanah di kawasan yang akan dikenalpasti kelak, katanya.-SabahNewsToday