Pilih Bahasa

Lima buah kampung di Nabawan dilanda banjir

Oleh Junaidi Ladjana

Beberapa rumah di Nabawan dinaiki air akibat hujan berterusan. – Gambar SNT/Ihsan JBPM

KENINGAU: Lima buah kampung di Nabawan dilanda banjir akibat hujan yang berterusan sejak semalam.

Kampung yang terjejas iaitu Kampung Pemuntarian, Ulu Mosopoh, Salarom Baru, Tiang dan Nakuyang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Keningau, Penguasa Bomba Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata banjir bermula sejak pagi itu susulan limpahan air Sungai Pemuntarian.

Keadaan banjir menyebabkan beberapa rumah dinaiki air di lima kampung di Nabawan. – Gambar SNT/Ihsan JBPM

“Banjir itu berlaku sejak bagi tadi sehingga menyebabkan lima kampung di Nabawan dinaiki air.

“Namun keadaan banjir terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Nabawan.

Kawasan yang dilanda banjir di beberapa buah kampung Nabawan. – Gambar SNT/Ihsan JBPM

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nabawan berada di lokasi banjir bagi memantau keadaan di kawasan dinaiki air.

“Turut membantu memantau situasi banjir anggota polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya. – SabahNewsToday