Pilih Bahasa

LIMA KERETA MUSNAH TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Kereta yang terbakar. Gambar SNT/Sumber Media Sosial

KOTA KINABALU: Lima buah kereta musnah terbakar di tempat letak kereta berhampiran restoran Upperstar Damai Point.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Rozam Shah Rahmat berkata antara kenderaan yang terlibat adalah Toyota Corolla Altis, Proton Pesona, Volkswagon, BMW dan Toyota Vios.

Rozam Shah berata punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan pihaknya.

Keadaan selepas kebakaran tersebut. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Sementara itu, jelasnya Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada pukul 8.30 malam.

Seterusnya, pihaknya menggegaskan seramai 10 orang anggota bersamanya ke lokasi untuk operasi pemadaman kebakaran.

“Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman dan seterusnya pemeriksaan dijalankan di kawasan terbakar bagi memastikan keadaan selamat di kawasan insiden.

“Unit Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dikerah ke lokasi untuk membantu siasatan.

“Kebakaran terkawal pada pukul 9.01 malam dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Tambahnya operasi ditamatkan pada pukul 10.04 malam. -SabahNewsToday