Pilih Bahasa

Lima kes positif Covid-19 baharu di Sabah pada 3 April

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah meningkat ke 215 apabila lima lagi kes positif baharu dikesan pada 3 April.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata lima kes tersebut adalah di Penampang dan Sandakan masing-masing dua kes serta Lahad Datu (1).

Datuk Dr Christina Rundi. Gambar Fail SNT

Sehingga 8 pagi kelmarin seramai 191 pesakit Covid-19, 72 Person Under Investigation (PUI) dan 26 pesakit dengan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) sedang dirawat di enam hospital berpakar di seluruh Negeri Sabah.

Pada 2 April, seramai 10 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif pesakit sembuh seramai 23 orang.

Jumlah Pusat Kuarantin kekal sebanyak 25 pusat yang menempati 634 dengan seramai 92 orang telah dibenarkan pulang kelmarin

Pihak JKNS turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Yayasan Osimal, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana membantu memastikan keperluan untuk menangani wabak Covid-19 dapat dibawa masuk ke negeri ini dengan kadar segera.

Dalam pada itu pihak JKNS menegaskan sekali lagi betapa pentingnya masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rebakan Covid-19.

“Orang awam dimohon untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab ini dengan 
mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ia adalah seperti menghadkan perjalanan, social distancing, menggunakan penutup mulut dan hidung serta menjaga kebersihan tangan agar dapat memutuskan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat,” katanya.-SabahNewsToday