Pilih Bahasa

LORI TIGA TAN TERBABAS, SEORANG LELAKI CEDERA

Oleh Alfred Petrus

Mangsa yang luka di tangan kanan dalam kemalangan di Jalan Laya-Laya Tuaran. – Gambar SNT/Ehsan Bomba

TUARAN: Satu kemalangan jalan raya berlaku melibatkan sebuah lori Isuzu tiga tan di bulatan Kuda Jalan Laya-laya awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohd Faizal Alias berkata akibat kemalangan tersebut seorang mangsa mengalami cedera ringan di tangannya.

“Kemalangan tersebut berlaku apabila lori Isuzu tiga tan tersebut terbabas dengan sendirinya di bahu jalan lalu terbalik.

Keadaan lori tiga tan yang terbabas itu di Jalan Laya-Laya Tuaran. – Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Akibat kejadian itu seorang lelaki berumur 33 tahun luka di bahagian tangan kanan manakala seorang mangsa lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Faizal berkata BBP Tuaran menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 4.23 pagi dan menggegaskan seramai enam orang anggota ke lokasi kejadian.

Tambahnya pasukan bomba melakukan pemeriksaan untuk memastikan keadaan selamat di kawasan kemalangan tersebut dan operasi berkenaan tamat pada pukul 4.50 pagi. – SabahNewsToday