Pilih Bahasa

LTdL 2020: Pelumba Jerman ungguli kriterium antarabangsa Kota Kinabalu

Oleh Mazani Chan Yat Sin

KOTA KINABALU, 6 Feb   — Pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximilian Richard Walscheid menjuarai perlumbaan Kriterium Antarabangsa Kota Kinabalu, iaitu tirai pembukaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, hari ini.

Maximilian Richard Walscheid, pelumba NTT Pro Cycling Team ungguli kriterium antarabangsa Kota Kinabalu yang diadakan pagi tadi di sini. Gambar Bernama

Pelumba berusia 26 tahun dari Jerman itu muncul pelumba pertama melepasi garisan penamat selepas melengkapkan sembilan pusingan mengelilingi Padang Merdeka dengan jarak keseluruhan 80 kilometer.

Pelumba negara, Mohd Harrif Saleh daripada Terengganu Inc-TSG Cycling Team dan pelumba Australia, Black Quick daripada St George Continental Cycling Team masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Ketua pegawai perlumbaan mengisytihar 10 pelumba terbaik yang melepasi garisan penamat dalam  kelompok besar dengan catatan masa satu jam 32 minit  01 saat.

— BERNAMA