Pilih Bahasa

Madius lulus bantuan dana RM30ribu untuk Gereja Katolik St Martin, Malanggang

Oleh Chris Maskilone

Pengerusi KPUK St Martin Malanggang Pouine Tanjong (dua kiri) menerima surat kelulusan daripada Madius. -Gambar SNT/Ihsan Upko Tuaran

KIULU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meluluskan peruntukan sebanyak RM30 ribu untuk pembinaan Dewan Terbuka Gereja Katolik St Martin Malanggang di Kampung Ponohuon dekat sini hari ini.

Mengumumkan kelulusan semasa lawatan ke gereja tersebut hari ini, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berharap ianya akan memberi keselesaan kepada 800 ahli gereja dari enam buah kampung disekitarnya.

Madius bergambar dengan ahli koir Gereja Katolik St Martin semasa lawatan beliau hari ini. -Gambar SNT/Ihsan Upko Tuaran

Semasa lawatan tersebut, beliau sempat beramah-mesra dengan ahli kumpulan koir yang sedang mengadakan latihan.-SabahNewsToday