Pilih Bahasa

Madius salur bantuan 820 kilogram beras kepada badan keagamaan

TAMPARULI: Sebanyak 820 kilogram beras diagihkan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau kepada beberapa badan keagamaan, di sini.

Ia merangkumi Seventh-Day Adventist (SDA) Mission Tamparuli Sabah, Masjid Al-Hidayah Pekan Kiulu, San Damiano Convent Kiulu dan La Foresta of Franciscan Hermitage.

Biarawati San Damiano Kiulu, Jane Sandalun (tiga kanan) menerima sumbangan beras daripada Madius (empat kiri). Turut kelihatan Joisin (dua kanan), Kapitan George (tiga kiri) dan Suali (dua kiri).-Gambar SNT/Ihsan Pejabat Akhbar MTI

“Langkah ini telah kita ambil melalui Biro Agama Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Tuaran.

“Saya berharap bantuan beras ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban kepada mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” kata Madius.

Madius menyampaikan sumbangan beras kepada Presiden SDA Mission Sabah, Pastor Nelson Bendah.-Gambar SNT/Ihsan Pejabat Akhbar MTI

Beliau yang juga Presiden Upko berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Kiulu, Toisin Selamat berkata beliau sangat menghargai sumbangan beras yang diberikan.

Toisin Salamat.-Gambar SNT/Ihsan Pejabat Akhbar MTI

“Saya bagi pihak bagi pihak Ahli Jawatankuasa Masjid ingin mengucapkan setinggi-tinggk terima kasih kepada Datuk Seri Madius dan mendoakan agar usaha ini diberkati Allah SWT,” katanya.

Biarawati La Foresta, Joan Michael turut senada dengan Toisin dan menyifatkan bantuan tersebut menunjukkan pemimpin rakyat  sentiasa perihatin dengan badan-badan keagamaan.

Biarawati Joan Michael.-Gambar SNT/Ihsan Pejabat Akhbar MTI

“Kami sangat gembira kerana Ahli Parlimen sudi mengunjungi kami di sini dengan membawa sekali sumbangan-sumbangan ini. Kami sangat menghargai apa yang telah diberikan,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politiknya Joisin Romut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kiulu, Suali Sikir dan Kapitan George Teo.-SabahNewsToday