Pilih Bahasa

Manfaat kawasan konservasi bagi pembelajaran dan penyelidikan

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Mohd Shafie (tengah, barisan hadapan) merakamkan gambar beramai pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Yayasan Sabah. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) diminta memanfaatkan sepenuhnya kawasan konservasi di negeri ini sebagai rujukan dalam pembelajaran serta penyelidikkan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah memiliki banyak kawasan konservasi yang boleh dijadikan lokasi penyelidikan mapan termasuk Lembah Danum, Maliau Basin, Imbak Canyon dan Hutan Simpan Taliwas.

Mohd Shafie (tengah-menyerahkan skrol kepada graduan Diploma Jurusan Pengurusan Hotel, Muhammad Syafiq Marlyne Duraim pada majlis konvokesyen UCSF di Auditorium Tun Ahmad Rafae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita mahu melahirkan lebih ramai penyelik daripada negeri ini dan yakin mampu berbuat demikian kerana mempunyai kelebihan alam semula jadi yang indah serta masih terjaga.

“Kita juga seharusnya berbangga dengan sumbangan penting dalam konservasi ini dan ia secara tidak langsung memacu strategik global ke arah pemuliharaan dan memelihara bumi ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Konvokesyen UCSF 2019, di sini hari ini.

Mohd Shafie (tengah) menyerahkan Anugerah Tun Mustapha kepada Graduan Cemerlang, Ivy Paul pada majlis konvokesyen UCSF di Auditorium Tun Ahmad Rafae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Yang turut hadir Naib Canselor UCSF, Dr Mohamed Haleem Mohamed Razi.

Seramai 278 graduan membabitkan tiga fakulti menerima ijazah, diploma dan sijil dalam konvokesyen pertama UCSF itu.

Dalam pada itu Mohd Shafie berkata kawasan konservasi yang terdapat di negeri ini sudah terkenal dalam kalangan pencinta alam tempatan mahupun luar negara.

Sehubungan itu beliau berharap Yayasan Sabah serta kerajaan negeri dapat bekerjasama untuk menunjukkan kepada masyarakat global peranan proaktif negeri ini dalam usaha menjaga alam sekitar selain menceritakan kejayaan dalam pembangunan lestar

Sementara itu, Mohamed Haleem berkata UCSF mahu melahirkan lebih ramai graduan berkualiti serta mampu memenuhi keperluan bidang pekerjaan. – SabahNews Today