Pilih Bahasa

Mantan naib presiden, ketua Pemuda Star masuk Upko

Oleh Chris Maskilone

TAMPARULI: Upko hari ini menerima permohonan mantan Naib Presiden dan Ketua Pemuda Star, Terence Sinti bersama lebih kurang 100 penyokongnya untuk menyertai parti itu.

Permohonan keahlian Terence dan rakan-rakannya diterima sendiri oleh Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu majlis di kediaman Terence di Kampung Kionsom Baru di sini hari ini.

Madius (kiri) menerima borang permohonan keahlian daripada Terence di kediamannya di Kionsom Baru, Tamparuli. Gambar SNT/Ihsan Media Upko

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran mengalu-alukan kemasukan Terrence serta lebih 100 ahli baru Upko.

“Keputusan Terrence adalah suatu langkah yang berani memandangkan parti Star mempunyai tiga Adun dan satu kerusi Parlimen di Sabah,” katanyan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri itu, perkembangan ini juga menunjukkan sokongan rakyat Sabah terhadap kerajaan baharu pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagi Terence, mereka telah memikir masak-masak sebelum mengambil keputusan menyertai Upko setelah sekian lama berjuang bersama parti Star.

Madius (tengah) bersama Terence Sinti (tiga kanan depan) selepas penyerahan borang keahlian. Gambar SNT/Ihsan Media Upko

Antara faktor utama mereka memutuskan untuk masuk Upko adalah keyakinan mereka terhadap kepimpinan presiden Upko serta perjuangan parti tersebut yang senantiasa progressive dan mendengar suara rakyat Sabah, katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Terence bertanding atas tiket parti Star di Dun Kiulu dan meraih undi sebanyak 2,457 berbanding 4,336 yang didapati oleh Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dari PBS-SabahNewsToday.