Pilih Bahasa

MANTAN NAIB PRESIDEN PBS MASUK WARISAN

Oleh Chris Maskilone

Loretto (kiri) menerima borang permohonan keahlian daripada Ng disaksikan oleh Darell (tengah).Gambar SNT/Ehsan PWS

PENAMPANG:  Mantan Naib Presiden PBS Datuk Ng Loi Tect bersama rombongan beliau dari Pitas mengisytiharkan masuk Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Ng mengetuai dalam majlis penyerahan borang permohonan keahlian kepada Setiauasaha Agung, Loretto Sipin Padua Jr disaksikan oleh Timbalan Presiden merangkap MP Penampang Datuk Darell Leiking di kediaman beliau di sini.

Sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih, Darell meminta pemimpin-pemimpin tersebut agar berwaspada terhadap tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh musuh-musuh politik.

Antara tohmahan tersebut adalah kononnya Kerajaan Negeri pimpinan Warisan bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

“Namun kita harus ambil perhatian bahawa isu PTI adalah isu yang diwarisi Kerajaan hari ini daripada Kerajaan terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Darell bersyukur kerana rakyat di luar bandar kini mula sedar akan keikhlasan pemimpin Warisan dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah.-SabahNewsToday