Pilih Bahasa

Masjid Madrasah Nur Imam terbakar, 21 tahfiz dan guru selamat

Oleh Nasrawati Syarifuddin

LAHAD DATU: Masjid Madrasah Nur Imam yang menempatkan kira-kira 21 pelajar tahfiz dan guru terbakar di Batu 6, Jalan Silam, Kampung Sapagaya Ulu, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu masjid madrasah itu terbakar 80 peratus.

Masjid Madrasah Nur Imam menempatkan kira-kira 21 pelajar tahfiz dan guru terbakar. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.09 tengah malam sebelum dua jentera penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah masjid madrasah jenis separuh kekal dengan angggaran keluasan 100 × 50 kaki terbakar 80 peratus.

“Operasi dapat dikawal daripada merebak pada jam 12.29 tengah malam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

Bagaimanpun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba

“Operasi menyelamat tamat pada 2.09 pagi tadi,” katanya. –SabahNewsToday