Pilih Bahasa

Matunggong Johan MGM Pesta Magahau 2019

MATUNGGONG: Wakil Matunggong, Terisellah Kain dinobatkan sebagai johan Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau Peringkat Negeri 2019 yang diadakan di Dewan Terbuka Matunggong, Sabtu lalu.

Terisellah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10 ribu, trofi, tiara, sash dan jambangan bunga serta tiket pergi balik ke Melbourne Australia.

Johan MGM, Terisellah Kain (tengah) bersama Cyirlla Loraine (kiri) dan Sizlin Zitol (kanan). Gambar SNT/Ihsan Penganjur Pesta Magahau

Naib johan dimenangi oleh Cyirlla Loraine dan tempat ketiga disandang oleh Sizlin Zitol.

Selain menang tempat ketiga, Sizlin turut menerima anugerah Gimpuhut Vasi Momilang.

Cyirlla Loraine membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3 ribu, trofi dan jambangan bunga.

Terisellah Kain bersama trofi dan hadiah yang dimenangi. Gambar SNT/Ihsan Penganjur Pesta Magahau

Manakala Sizlin membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2 ribu, trofi dan jambangan bunga.

Tempat keempat dimenangi oleh Ezther Sherilyn Joseph. Tempat kelima disandang oleh Suzie Angelin. Manakala tempat keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi oleh Vycentha Karen Vitalis dan Haniza Matihon.

Terisellah Kain turut menerima anugerah Gimpuhut Avantang Tiningkokoton. Gimpuhut Osuau dimenangi oleh Haniza Matihon.

Anugerah Gimpuhut Kaanggakkan dimenangi oleh Jevlinah Lingkin. Manakala Gimpuhut Real Beauty dimenangi oleh Marinah Doksil.

Pemenang Mitarab Monurizak Peringkat Negeri 2019. Medkhatu Simpong (tengah) bersama Stefanus Nodibil (kanan) dan Leffih Sawat (kiri). Gambar SNT/Ihsan Penganjur Pesta Magahau

Bagi Mitarab Monurizak, Johan dimenangi oleh Medkhatu Simpong. Naib johan dimenangi oleh Stefanus Nodibil. Tempat ketiga dimenangi oleh Leffih Sawah.

Medkhatu turut dipilih sebagai Vokal Terbaik, manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Ronney Pue.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Ariffin Asgali telah merasmikan Pesta Magahau 2019.

Ariffin Asgali (kiri) menerima cenderamata daripada Encik Jose Madsinupu di majlis itu. Gambar SNT/Ihsan Penganjur Pesta Magahau

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Francis Au, Timbalan Presiden 1 Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Markus Suman, Timbalan Presiden SAMORA merangkap Pengerusi Pesta Magahau, Jose Madsinupu, Ketua Wanita Warisan P 168 Maini Tapah, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Suzie Salapan, CDO, Nuriah Jomirun, Ketua Daerah OKK Jominit Kobuhe, Ahli-ahli Majlis Tertinggi SAMORA, Pengerusi MGM merangkap Bendahari Induk Pesta Magahau Ruhini Andong,Pengerusi Mitarab Monurizak, Charles Osingko,Pengerusi BOTB, Fready Bogirun dan pemimpin masyarakat setempat.-SabahNewsToday