Pilih Bahasa

Mayat lelaki lemas di Ranau ditemui

Oleh Junaidi Ladjana

Anggota bomba dibantu orang awam mengangkat mayat mangsa yang ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

RANAU: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Merungin 2, dekat sini pada Khamis lalu ditemui pukul 8.41 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Azrul, 23, ditemui oleh orang awam kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa hilang di sungai berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditangguh 6 petang semalam disambung pagi tadi dengan diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib bersama 11 anggota.

“Operasi SAR turut dibantu oleh Pasulan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Ranau yang melakukan penyelamatan surface rescue dan under water rescue di sepanjang laluang sungai berkenaan.

Pasukan bomba dibantu orang awam mengangkat mayat mangsa sebaik ditemui. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

“Mangsa berjaya ditemui pada pukul 8.41 pagi oleh orang awam dengan jarak 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dan disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

“Operasi menyelamat tamat jam 10.30 pagi,” katanya.

Pada Khamis lalu, Mohd Azrul dipercayai hilang ketika hendak menyeberangai sungai berkenaan. -SabahNewsToday