Pilih Bahasa

MAYAT MANGSA BOT KARAM DI LAHAD DATU DITEMUI

Oleh Nasrawati Syarifuddin

LAHAD DATU: Mayat mangsa bot karam warga tempatan yang dikhuatiri lemas ketika memancing tiga hari lalu di perairan Pantai Bangigod, Tungku, di sini, ditemui pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, mangsa, Herman Gasim, 31, ditemui penduduk kampung pukul 9.15 pagi tadi.

Mayat mangsa, Herman Gasim, 31, ditemui penduduk kampung, pukul 9.15 pagi tadi. Gambar SNT/Ihsan APMM Lahad Datu

“Mayat mangsa sudah dikenalpasti oleh keluarga mangsa dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat.

“Operasi SAR ditamatkan pukul 10.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa sudah dikenalpasti oleh keluarga mangsa dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat. Gambar SNT/ Ihsan APMM Lahad Datu

Sabtu lalu, Herman dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas manakala rakannya terselamat selepas bot pam yang dinaiki karam akibat dipukul ombak ketika memancing kira-kira dua batu nautika dari Pantai Kampung Bangigod, Tungku, di sini, pukul 12.50 tengah hari pada 2 Mac lalu – SabahNewsToday