Pilih Bahasa

MBS gesa lanjutkan moratorium hingga Dis 2020

KOTA KINABALU: Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah kehidupan serta menjejaskan pendapatan majoriti masyarakat negara ini.

Hal itu jelas berdasarkan data dan unjuran Jabatan Perangkaan pada 14 Mei lalu menunjukan kadar pengangguran meningkat 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang terjejas sepanjang tahun 2020.

Mazlan Joehari Manan. – Gamble SNT/Ihsan MBS

Sehubungan itu, Majlis Belia Sabah menggesa kerajaan dan institusi perbankan negara untuk melanjutkan moratorium pinjaman sehingga Disember tahun ini.

Jelas Pengerusi Tetap majlis tersebut, Mazlan Joehari Manan, langkah itu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menyusun kehidupan dan ekonomi masing-masing sehingga mampu membayar semula pinjaman.

“Merujuk kepada moratorium enam bulan yang dijangka berakhir September ini banyak membantu meringankan bebanan rakyat dengan lebihan tunai di tangan.

“Secara tidak langsung, lanjutan moratorium dan insentif lain dapat membantu kerajaan untuk mencapai hala tuju ekonomi semasa termasyk menangani isu pengangguran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mazlan mengakui insentif lain yang disalurkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) banyak membantu pihak majikan dan pekerja. – SabahNewsToday