Pilih Bahasa

MDT PERLU SELESAIKAN MASALAH KEBERSIHAN SEKITAR TUARAN – MADIUS

Oleh Sabah News Today

Madius meminta MDT berbuat sesuatu mengenai masalah longgokan sampah. Gambar SNT/Ehsan KPP

TUARAN: Masalah longgokan sampah-sarap, kerosakan parit dan tersumbat serta rumput yang panjang di beberapa tempat lot kedai seperti T Junction, Plaza CKS Tuaran dan Pekan Tenghilan perlu diselesaikan segera.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata demikian semasa lawatan “walkabout” tahunan sempena perayaan Tahun Baru Cina di sini pada Isnin.

Madius yang kecewa dengan tahap kebersihan tempat tersebut meminta agar pengurusan Majlis Daerah Tuaran (MDT) mengenakan tindakan tegas terhadap pekerja yang mengabaikan tanggungjawab sehingga menjejaskan kebersihan pekan.

Madius kecewa melihat longgokan sampah terbiar ini. Gambar SNT/Ehsan KPP

Walaupun begitu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menyeru agar setiap individu mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata tempat.

Sebelum itu, Pegawai Eksekutif MDT, Jackley Gilbert, memberitahu Madius bahawa mereka menghadapi masalah kekurangan pekerja am  bahagian pembersihan.

Kerosakan penutup parit membawa bahaya kepada pejalan kaki. Gambar SNT/Ehsan KPP

Tambahan pula, katanya seramai tujuh orang pekerja am tidak hadir berkerja tanpa sebab.

Menurut Jackley,  pihak pengurusan Majlis akan berusaha menyelesaikan isu ini secepatnya.

Madius meninjau keadaan di sekitar Pekan Tenghilan. Gambar SNT/Ehsan KPP

Antara langkah yang akan diambil termasuklah pengambilan pekerja yang bersungguh-sungguh dan berintergriti.-SabahNewsToday