Pilih Bahasa

Meninggal dunia ketika main badminton

Oleh Junaidi Ladjana

Mangsa tiba-tiba rebah ketika bermain badminton. Gambar SNT / ihsan media sosial

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Foo Chow, Damai, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang bermain dengan beberapa rakannya.

Mangsa tiba-tiba rebah dan pegawai perubatan yang tiba membuat pemeriksaan sebelum menghantar mangsa ke HQE II, menggunakan ambulans.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – SabahNewsToday