Pilih Bahasa

MENTERI KPLB SUMBANG RM5,000 KEPADA BEKAS SEKOLAHNYA

Oleh Chris Maskilone

 

Ewon(tengah) menyampaikan sumbangan kepada Yang DiPertua PIBG SM St.Micheal Penampang, Datuk Philp Lasimbang, turut kelihatan Pengetua sekolah Jenifer Asing.Gambar SNT/Ehsan KPLB

SUMBANGAN … Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sejumlah RM5,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM St Micheal Penampang, pada majlis penyampaian hadiah jogathon St Micheal, di sekolah itu, hari ini.

Ewon yang juga bekas pelajar sekolah itu berkata sumbangan itu bertujuan untuk membantu PIBG melaksanakan pelbagai aktiviti untuk pembangunan sekolah.

Ewon turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM20,000 daripada peruntukan khas menteri beliau bagi membantu keperluan sekolah.

Majlis itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang.-SabahNewsToday