Pilih Bahasa

MISI BURU KEMENANGAN PERTAMA SKUAD TAMBADAU

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Skuad Sabah diharap mampu memberikan kemenangan pertama mereka dalam LIga Perdana apabila bakal melayani kunjungan Terengganu FC II di Stadium LIkas malam esok.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony berkata kejayaan itu mampu menyuntik semangat bukan hanya pasukan tetapi juga para peminat skuad Tambadau yang dahagakan kemenangan pasukan selepas permulaan kurang baik dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Saya fikir kita telah berkerja keras daripada aspek pentadbiran persatuan sehinggalah ke pengurusan pasukan, justeru saya berharap kemenangan pertama akan dijelmakan esok (malam ini).

“Esok (hari ini) kita berikan tumpuan sepenuhnya dan memberi sokongan kepada pasukan Sabah menghadapi Terengganu FC II,” kata ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berharap kehadiran tiga import baharu  membolehkan pasukan Sabah diperkuatkan secara maksima oleh aksi empat pemain import malam esok (Sabtu).

Menurutnya selepas hanya mengutip satu mata dalam dua perlawanan sebelum ini Sabah menyasarkan persembahan lebih baik daripada pemain untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan ketiga Liga Perdana musim ini.

Peter berkata, Sabah tidak mempunyai pilihan lain untuk perlu medapatkan rentak kemenangan demi kemenangan bagi memastikan pasukan itu berada di landasan yang betul dalam pemburuan ke Liga Super musim depan.

Sementara itu Ketua Jurulatih, Jelius Ating dijangka akan mengekalkan kesebelasan utamanya yang beraksi ketika menentang Kelantan yang berkeputusan seri 3-3 di Kota Bharu pada minggu lalu.

Gandingan ayam tambatan import dari Serbia, Rodoljub Paunovic dan Luka Milunovic bakal diperkuatkan dengan pemain import dari Brazil, Luiz Carlos Junior selain pemain tempatan, Maxsius Musa sebagai menjadi sandaran menggempur.

Pemain import dari Korea Selatan, Park Taesu akan mengetuai barisan pertahanan bersama Rawilson Batuil, Randy Baruh dan Dendy Lowa manakala Rozaimie Rohim dijangka akan terus dipikulkan tugas sebagai penjaga gol utama. – SabahNewsToday