Pilih Bahasa

Miss Takad Nabalu tawar hadiah bernilai RM60ribu; Uji Bakat 29 Feb

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu (TN) bakal menganjurkan pertandingan Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih daripada RM60,000.

Pengerusi penganjur Jainetha Stephen berkata satu sesi uji bakat akan diadakan dalam usaha mencari personaliti yang berkelayakan, bertempat di The Palace Hotel, di sini pada 29 Februari, bermula 12 tengah hari sehingga pukul 6 petang.

Jainetha Stephen (duduk tiga kanan) bersama AJK penganjur. Gambar SNT/Ihsan TN

Katanya Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 membuka peluang kepada gadis-gadis warganegara Malaysia yang berasal daripada negeri Sabah dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun.

“Antara syarat lain adalah, peserta harus memiliki ketinggian minima 162 cm, berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin dan pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta yang bukan beragama Islam (non-muslim).

Jainetha Stephen. Gambar SNT/Ihsan TN

“Miss TN Ambassador 2020 turut menitikberatkan kriteria seperti seorang yang berkeyakinan, memiliki personaliti menarik serta berbakat semasa sesi pemilihan itu nanti” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk Miss TN Ambassador 2020, di sini hari ini.

Beliau berkata tujuan utama penganjuran acara itu adalah bagi mencungkil bakat baharu khususnya dalam bidang peragaan di negeri ini agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya sebanyak 15 peserta yang dipilih semasa ujibakat pada 29 Februari nanti bakal bertanding pada Grand Final di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 21 Mac 2020.

Poster Digital promosi Miss Takad Nabalu Ambassador 2020. Gambar SNT/Ihsan TN

Sehubungan itu, Jainetha mempelawa semua gadis Sabah yang memiliki kelayakan mengikut syarat dan terma serta memiliki kriteria yang ditetapkan oleh penganjur supaya hadir ke sesi uji bakat itu dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Alice di talian 016-812 2838,  Amelia (016-829 1550), dan Laura (019-862 0516).-SabahNewsToday