Pilih Bahasa

MOHD SHAFIE IRINGI TUN JUHAR HADIRI MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-253

Oleh Sabah News Today

Gambar SNT/Ihsan JKM

MESYUARAT RASMI… Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 di Istana Negara di sini pagi tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (kiri) sedang berbual dengan Datuk Seri Haji Mohd Shafie, Tun Abdul Taib Mahmud dan Datuk Amar Awang Tengah. Gambar SNT/Ihsan JKM

Mesyuarat selama dua hari itu bermula hari ini dan dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Tun Juhar (kiri) dan Datuk Seri Haji Mohd Shafie (kanan) sedang berbual dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua dari kiri) sementara menunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 bermula. Gambar SNT/Ihsan JKM

Ia turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu. – SabahNewsToday