Pilih Bahasa

MRSM Tun Mustapha Tawau juara SUKMASA 2019

Oleh Zakaria Damit

TAWAU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mustapha Tawau muncul juara keseluruhan sukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sabah (SUKMASA) 2019 kali ke-tujuh yang berakhir Ahad lalu.

MRSM Tun Mustapha memperolehi enam pingat emas, tiga perak dan enam gangsa dengan pingat emas dalam acara Badminton Bergu (Veteren), Catur, Petangue lelaki dan campuran, Road Relay dan Dart.

Suhaimi (Tengah) menyampaikan piala pusingan Johan Keseluruhan kepada Pengetua MRSM Tun Mustapha, Mohd Nizar. Gambar SNT/Ihsan penganjur SUKMASA

Tempat kedua dimenangi Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKM) dengan tiga emas, empat perak dan lapan gangsa manakala MRSM Semporna di tempat ketiga dengan tiga emas, empat perak dan enam gangsa.

Sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian dalam SUKMASA ini membabitkan kontinjen daripada IKM Kota Kinabalu, Giat Mara Sabah, Kolej Poly-Tech MARA Semporna (KPTM), MRSM Kota Kinabalu, MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, MRSM Semporna dan Pejabat Mara Negeri Sabah (PMS).

Sementara itu ketika berucap dalam majlis penutupan SUKMASA, Pengarah Mara Sabah, Suhaimi Zainuddin berkata SUKMASA merupakan sukan dalam menyatukan kalangan semua agensi di bawah MARA.

Gambar kenangan keseluruhan peserta yang mengambil bahagian dalam SUKMASA Tawau. Gambar SNT/Ihsan Penganjur SUKMASA

Katanya ini merupakan satu pendekatan terbaik untuk memastikan hubungan silaturahim dapat dipertingkatkan sekaligus melahirkan insan yang cemerlang di masa depan.

“Kita mempunyai bakat sukan yang boleg diketengahkan untuk mewakili Mara dalam kejohanan besar. Penganjuran SUKMASA ini sangat bertepatan disamping menjadikan sukan ini sebagai penghubung semangat silaturahim kalangan semua peserta,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Suhaimi menyampaikan hadiah kepada pemenang serta menyerahkan bendera kepada tuan rumah sukan SUKMASA 2020 kepada MRSM -SabahNewsToday