Pilih Bahasa

MUAY THAI BANTU BINA DISIPLIN DIRI – UDA

Oleh Datu Ruslan Sulai

 

PUTATAN: Seni bela diri, Muay Thai mampu diperkenalkan ke peringkat akar umbi dalam memastikan semua golongan dapat menerima manfaat dan disiplin daripada sukan tempur berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Uda Sulai berkata selain dapat menarik minat secara tuntas termasuklah kalangan kanak-kanak seawal tujuh tahun, ianya juga dapat meningkatkan imej daerah Putatan untuk melahirkan atlet sukan tempur yang terkemuka di masa hadapan.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Putatan di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam tadi. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

Beliau berkata persepsi ramai yang mendakwa sukan Muay Thai ganas dan lasak haruslah dikikis berikutan ia kini sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Di negara kita sudah lama terlibat dalam sukan Muay Thai dan ramai orang beranggapan ianya sukan ganas.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Putatan di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam tadi. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

“Persepsi itu tidak benar sama sekali memandangkan mereka mempunyai jurulatih yang mendidik setiap peserta dengan disiplin-disiplin ditetapkan, “katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Muay Thai Putatan di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam tadi.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Putatan di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam tadi. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

Hadir sama, Presiden Persatuan Muay Thai Daerah Putatan Awangku Shamasullaili Pengiran Mohd.

Uda dalam pada itu berkata pihaknya akan mempertimbangkan usaha membawa sukan tempur berkenaan ke peringkat sekolah-sekolah di Putatan.

Jelasnya Muay Thai sudah mendapat tempat di daerah berkenaan ditambah dengan kejayaan-kejayaan atlet yang berasal dari Putatan di pentas pertandingan antarabangsa.-SabahNewsToday