Pilih Bahasa

Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk angkat sumpah, Dr Mahathir dan PH tidak hadir

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Bernama

KUALA LUMPUR: Tan Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk istiadat angkat sumpah Perdana Menteri kelapan pada pukul 8 pagi tadi.

Istiadat mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijadualkan pukul 10.30 pagi ini.

Beberapa pemimpin terdiri daripada Muafakat Nasional termasuk bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat hadir di Istana Negara.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan Pakatan Harapan (PH) tidak hadir ke istiadat tersebut walaupun mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri ke-8. – SabahNewsToday