Pilih Bahasa

Muhyiddin tiba di Sabah buat pertama kali sebagai PM

Oleh Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, jam 10.05 pagi tadi.

Menyambut ketibaan mereka ialah Ketua Menteri Kerajaan Sementara Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib.

Muhyiddin disambut oleh Mohd Shafie sejurus tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Datuk Samsuni Mohd Nor, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Tan Sri Muhyiddin dijadual menghadri Majlis Perjumpaan bersama Penjawat Awam dan Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvenyen Antarabangsa Sabah (SICC) kemudian ke Perhimpunan bersama Anggota RELA di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Antara yang menyambut Perdana Menteri di tarmac lapangan terbang pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pada sebelah malam, Tan Sri Muhyiddin akan menghadiri Perjumpaan dengan Pimpinan Masyarakat di SICC.

Esok, Perdana Menteri akan berada di Sandakan untuk Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan di Dewan Angsana, LHDN dan Perjumpaan Pimpinan Masyarakat di Dewan Hakka, Sandakan. -SabahNewsToday